Thursday, July 2, 2009

TUGASAN HARIAN

KERANAMU MALAYSIA

Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai cinta akan negara dengan mempunyai perasaan bangga dan sayang kepada negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri.

Kita perlu mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta kemajuan yang kita kecapi ini. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai tanda kebaktian untuk negara selaras dengan nilai sanggup berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pejuang-pejuang negara berani dan gagah untuk bangun menentang penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta tetapi persoalannya, sanggupkah kita berkorban seperti pejuang-pejuang sebelum ini?

Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu menangkis sebarang ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan prinsip rukun negara yang menandakan raja merupakan tonggak utama negara ini.

Rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.

( 275 patah perkataan )
SENARAI 36 NILAI YANG WAJIB DIHAFAL

Kepercayaan kepada Tuhan
Amanah
Harga diri
Bertanggungjawab
Hemah tinggi
Toleransi
Berdikari
Kerajinan
Kasih sayang
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Kasih sayang terhadap keluarga
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Tanggungjawab terhadap keluarga
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Kemapanan alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Cinta akan negara
Taat setia kepada raja dan negara
Sanggup berkorban untuk negara
Melindungi hak kanak-kanak
Menghormati hak wanita
Melindungi hak pekerja
Menghormati hak golongan kurang berupaya
Melindungi hak pekerja
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Kebebasan bersuara
Kebebasan beragama
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Sikap keterbukaan
Hidup bersama secara aman
Saling membantu dan bekerjasama
Saling menghormati antara negara





FORMAT PEPERIKSAAN
PENDIDIKAN MORAL SPM (1225)

1. Kertas 1 (1225 / 1)

Ujian Bertulis
Masa 2 ½ jam
Bahagian A - 8 soalan struktur
(jawab semua)
Bahagian B - 3 soalan esei (pilih 2)
Markah - Bahagian A : 80 markah
Bahagian B : 20 markah
Aras kesukaran - R : S : T = 5 : 3 : 2
Menguji kebolehan calon dalam menghuraikan dan menganalisis nilai-nilai yang tersirat dalam sesuatu isu atau situasi



2. Kertas 2 (1225 / 2)

Kerja Kursus
Bahagian A : Aspek Sahsiah
o Pemerhatian
o Laporan
Bahagian B : Aspek Iltizam
8 Tugasan Harian
Tingkatan 4 (4 Tugasan Harian)
Tingkatan 5 (4 Tugasan Harian)
4 Kerja Amal
Ø Tingkatan 4 (2 Kerja Amal)
Ø Tingkatan 5 (2 Kerja Amal)
menjurus ke arah pemupukan, penghayatan dan amalan nilai moral oleh pelajar

SELAMAT BELAJAR
SEMOGA BERJAYA

TAKWIM PANITIA PENDIDIKAN MORAL 2009

JANUARI
Mesyuarat Panitia Kali - 1
Mengemaskini TOV dan target pelajar

FEBRUARI
Ujian Bulanan 1
Kerja Kursus Tingkatan 4 & 5

MAC
Teknik Menjawab Format SPM
Kerja Kursus Tingkatan 4 & 5

APRIL
Ujian Bulanan 2
Semakan buku oleh Ketua Panitia
Kerja Kursus Tingkatan 4 & 5

MEI
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Kerja Kursus Tingkatan 4 & 5

JUN
Mesyuarat Panitia Kali - 2
Semakan buku oleh Ketua Panitia
Kerja Kursus Tingkatan 4 & 5

JULAI
Ujian Bulanan 3
Pengumpulan Kerja Kursus Ting 4 & 5

OGOS
Masuk markah kerja kursus Tingkatan 5
Latih Tubi JUJ

SEPTEMBER
Peperiksaan Percubaan SPM
Mesyuarat Panitia Kali - 3

OKTOBER
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Latih Tubi Soalan Percubaan Negeri Lain

NOVEMBER
Peperiksaan SPM 2009


PENCAPAIAN PENDIDIKAN MORAL DALAM SPM


TAHUN PERATUS LULUS
2004 72.2
2005 74.6
2006 69.8
2007 78.4
2008 72.5