Thursday, July 2, 2009

TUGASAN HARIAN

KERANAMU MALAYSIA

Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai cinta akan negara dengan mempunyai perasaan bangga dan sayang kepada negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri.

Kita perlu mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta kemajuan yang kita kecapi ini. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai tanda kebaktian untuk negara selaras dengan nilai sanggup berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pejuang-pejuang negara berani dan gagah untuk bangun menentang penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta tetapi persoalannya, sanggupkah kita berkorban seperti pejuang-pejuang sebelum ini?

Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu menangkis sebarang ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan prinsip rukun negara yang menandakan raja merupakan tonggak utama negara ini.

Rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.

( 275 patah perkataan )

No comments:

Post a Comment